Saturday, August 7, 2010

Penutup Bateri Longgar

Soalan Daripada :
cateyla
 
Salam
Ada sesiapakah yang menggunakan Sony Ericsson W705...?
  Saya baru beli handphone itu ...Setakat ini, tiada apa-apa yang rosak cuma penutup baterinya macam longgar...Kalau kita tekan handphone itu, ada bunyi  tidak ketat..

Adakah itu perkara biasa atau memang rosak?

Jawapan : Handphone slide kadangkala memang mempunyai masalah kelihatan longgar dan masalah slide. Kes ini ada berlaku kepada N series yang baru-baru. Sepatutnya semuanya rapat. Mungkin ada skru atau bahagian yang longgar/patah. Jangan amalkan tekan handphone, kerana mungkin boleh merosakkan bahagian-bahagian sensitif. Selain itu juga, housing tidak original boleh mengundang masalah yang sama. Ada juga kes, apabila bateri kembung, penutup bateri mula longgar dan tercabut.

No comments:

Post a Comment