Tuesday, August 10, 2010

Handphone Mati Selepas Kemaskini Perisian

Soalan daripada pesa7
Assalamualaikum...

Saya ada masalah sedikit. Saya memakai handphone 5300. Saya ada update handphone saya dengan menggunakan software Nokia di PC. Selepas saya update, saya tidak boleh menghidupkan handphone itu. Saya sudah cuba cabut bateri, namun tidak boleh dihidupkan juga. Selepas saya menghantar ke kedai, juruteknik mengatakan handphone saya mempunyai kerosakan IC. Harga baikpulihnya sekitar RM100. Adakah benar hal ini? Adakah benar harganya sebegitu? Harap tuan dapat tolong saya.

Jawapan : 
Handset saudari pernah jatuhkah sebelum ini? Sekiranya pernah, memang ada kemungkinan upgred software akan gagal. Kemungkinan kedua, software gagal diupgred kerana terganggu di tengah jalan contohnya bateri habis, sambungan internet terputus, sambungan kabel terputus dan lain-lain. Cuba minta kedai lain untuk flash semula handphone anda. Harganya sekitar RM30-50. Sekiranya tidak berjaya, itu memang masalah berpunca daripada IC yang rosak. Tentang harga RM100 itu agak mahal, cuba minta sekitar RM50-80. Sekiranya tidak dapat, mintalah kedai lain membaikinya.

No comments:

Post a Comment