Tuesday, August 10, 2010

Tiada Liputan Secara Tiba-tiba

Soalan daripada adek_islam
Assalamualaikum
Ustaz handphone,
Saya pun ada masalah handphone. Saya menggunakan Nokia 6630. Handphone saya ini tiba-tiba sahaja tidak boleh membuat panggilan, tidak boleh mesej, atau membuat perhubungan. Apabila saya mahu membuat panggilan keluar, saya akan menerima mesej "No network coverage". Asyik gagal sahaja apabila mahu mesej keluar. Apa masalahnya, ustaz?

Jawapan :
Adakah handphone pernah terjatuh?
Adakah handphone pernah masuk air?

Masalah ini biasanya berpunca daripada beberapa sebab.
1) Masalah antena handphone yang tertanggal atau tidak tersentuh pada plat papan induk.
2) Masalah IC PA atau IC network yang rosak atau tertanggal kakinya.
3) Masalah salah satu IC selain dua IC tersebut.

Hantar ke kedai bagi mengenalpasti masalah dan dibaiki. Harganya boleh mencecah RM100++.

No comments:

Post a Comment