Wednesday, January 6, 2010

Soal Jawab Handphone Siri 1 MS 60

 Soal Jawab Handphone Bersama Ustaz Handphone.
Siri 1 MukaSurat 60


cateyla
salam

ada sape2 tak yang gune SE W705...?
sy br beli hp 2 ...setakat ni, x de pape yang rosak cume penutup bateri 2 macam longgar r...lau kita tekan hp 2, ada bunyi mcm x ketat..

itu perkara biasa or memang rosak?

Jawapan : Handphone slide kadangkala memang mempunyai masalah kelihatan longgar dan masalah slide. Kes ini ada berlaku kepada N series yang baru-baru. Sepatutnya semuanya rapat. Mungkin ada skru atau bahagian yang longgar/patah. Jangan amalkan tekan handphone, kerana mungkin boleh merosakkan bahagian-bahagian sensitif.


shumie

assalamualaikum

er.... camne cara nak letak password dlm handphone...
er... abg saya tu letak code dlm hp dia.. kalau nak unlock kena letak password..
camne ye cara nak letak password?hmm!

Jawapan : Semak setting handphone. Sesetengah handphone tidak boleh dikunci. Selamat mencuba!

Anna Insyirah

anna punya hp xleh nak bluetooth lagu but picture bleh plak!
kalau anna nak bluetooth lagu kpd seseorg,bleh plak tp sebaliknye berlaku jika anna nak receive bluetooth seseorg.
mcm mana bleh berlaku camni ek??
adakah anna punya hp dah terkena virus???

somebody help me plz??


Jawapan : Cuba semak setting bluetooth. Setting in/out, setting saiz dan lain-lain. Mungkin juga salah satu IC yang mengawal RX rosak. Minta bantuan juruteknik untuk membaikinya.

syah126


sy ade bebrapa soalan nk tanya..sy bru membeli nokia N97 mini..tetiba,bru2 ni,andset sy ni hang...x taw knapa..sy dah antar kt Nokia centre untuk g repair and skg dah bole gune spt biase.dya dah tukar software ape ntah mnyebabkan andset sy tu kena restart spt mula2 bru beli..abis sume backup data..
pesoalannya?
1)adakah orng yg membaiki andset tersebut boleh mengambil alat2 yg original yg terdpt dl andset tersebut dan mnegantikannya dengan yg biasa..apa akan terjadi pada anset tersebut..sy hantar g repair di NOKIA CENTRE
2)boleh kah RAM handset tersebut diambil oleh orng tersebut..kerna sebelum ni RAM andset ni ialah 128MB..bolekah ianya berkurang
3)apakah alat2 original yg penting dan mahal yg terdapt dlm handset sy ni?
apa yg sy sgt risau ialah apabila alat2 original diambil oleh orng tersebut..tpi sy x pasti dya amik ke x..tp sy risau sngt

Jawapan :
Masalah handphone itu memang disebabkan software. Apabila ini berlaku, juruteknik akan format handphone dan masukkan software semula sebagaimana baru. Sebab itu pastikan anda backup data selalu, kerana sekiranya rosak/hang, data akan hilang sama ada tidak boleh akses, atau terpaksa dipadam juga untuk membolehkan hp dibuka.

1) Nokia centre boleh dipercayai di dalam bab ini. Sekiranya berlaku sebarang masalah, anda boleh membuat laporan pada syarikat Nokia.

2) Tentang RAM, kemungkinan software atau setting baru tidak diset sehingga RAM tidak detect sebagai 128MB. RAM biasanya lekat terus pada board, ia bukan seperti RAM komputer. Jarang berlaku kes mencuri RAM kerana RAM mudah rosak sekiranya ditanggalkan.

3) Alat paling mahal di dalam handphone adalah CPUnya. Semak keadaan handphone sebelum dan selepas dihantar ke kedai. Dalam masa seminggu, segera hubungi kembali kedai itu sekiranya ada sebarang masalah. Pengguna boleh meminta juruteknik membetulkan kembali sekiranya ada masalah yang berpunca daripada juruteknik.

yuri shibuya XD

sy pn ad masalah..sy guna hp jenis nokia 5730..
apabila guna wi-fi,ia berfungsi di sesetengah IAP jek..
knp ya?
cntoh IAP yg sy blh access adalah streamyx..
yg lain walaupun line wireless penuh(selepas refresh byk kali pn) stil tak boleh..

Jawapan : Saya tidak pasti jawapannya secara tepat. Kemungkinan ia berkait dengan kemampuan handphone menangkap gelombang, atau isu sekuriti untuk akses pada point tertentu.

rikitheredsand


Assalamulaikum...
sy aahli baru dlm iluvislam
nak tnya soalan pada ustaz handphone
1). Saya guna pda brand CSL m50 (jenama malaysia), mslhnya sy x tw nak cari software yg btol2 sesuai dan boleh digunapakai di dlm pda sy. jd boleh x ustz handphone bg tip2 or software yg boleh dimuat turun dalam pda sy?
trme ksh..

Jawapan : Saya tidak pasti model tersebut memakai sistem jenis apa. Namun biasanya sistem handphone China menggunakan java bukan sis. Ada juga handphone China yang boleh membaca kedua-duanya. Saya rasa anda perlu cuba mana-mana aplikasi java atau sis dan lihat kesannya. Aplikasi boleh didapati secara meluas di internet.

--------
Untuk soalan-soalan lepas, boleh rujuk
[url]http://soaljawabustazhandphone.blogspot.com [/url]

Soal Jawab Handphone Siri 1 MS 61

Soal Jawab Handphone Siri 1 MS 61

Soalan dari muka 61

pesa7
wrote:
assalamualaikum...

saya pakai nokia 5300..mslhnye music player sy xleh nk buke..x thu knpe..mse bke 2 ye tlis no music files found...x thu knpe??????sedangkan sy ada byk lagu dlm mmry card...hrp tlg sy...

syukran...amin

Jawapan : Music player tidak dapat dibuka kemungkinan berpunca daripada kad memori tidak dapat dibaca. Keluarkan kad, gunakan getah pemadam, gosokkan pada jalur kuning kad. Cuba sekali lagi. Sekiranya di komputer dapat baca, dan di hp tidak dapat, masalah berpunca daripada soket pembaca kad memori, atau ICnya, atau software. Cuba reset setting dahulu. Sekiranya tidak boleh, format handphone dengan menekan * , 3, call dan butang on/off serentak sehingga keluar skrin formatting. Untuk masalah IC dan soket pembaca kad memori, dapatkan bantuan juruteknik.

jack dawson
salam ustaz,
saya nk tanye berapa harga bagi ribbon nokia 5200 n lcdnya?

Jawapan : Harga baiki LCD sekitar 100RM. Harga baiki riben sekitar 40-50rm.

Tuesday, January 5, 2010

Soal Jawab Handphone 1

Soalan daripada habibyhabibaty:
salam. ustaz. sye bru jer gune hp s. ericsson w 910i. mslh nye bli sye tekan button menu, icon2 die cm lmbt nk appear. jd cm lagging, lmbt sket. npe yek mcm tue n cmne sye n atasi mslh tue? syukran jazilan ye ustaz 4 ur helping. truskn usaha murni nie..

Waalaikumussalam
Ada 2 kemungkinan berlakunya keadaan itu. Pertama mungkin disebabkan virus, kedua, satu parts dalam hp anda yang bernama time clock, mungkin rosak atau tertanggal salah satu pin kakinya. Boleh ke kedai untuk repair. Kos mungkin dalam 45-65rm.


Soalan dari pojan:

saya skrg guna hp k800 dlm 2 1/2 thn..
masalahnye kalau time amik gambar,nak save dlm hp tak leh. why??

Jawapan : Adakah masalah ini berlaku sejak dari mula guna? Apakah peristiwa2 yang berlaku yang mungkin membawa kerosakan? Adakah memori card penuh? Kalau guna memori card lain masih sama masalahnya? Kemungkinan yang berlaku adalah salah satu daripada yang berikut 1) Virus. 2) Masalah memory card. 3) Masalah setting.

Solusi : 1) Clean virus
2) Gunakan memory card yang baru
3) Reset setting di bahagian Master Reset>reset setting.

Kalau masih tak boleh, hantarlah ke kedai untuk dikenalpasti masalahnya.

Bismillah

[b]Soalan drpd suhaibjb
assalamualaikum ustaz,

ana berminat untuk memulakan kerjaya sebagai doktor handphone ni... jadi bagaimanakah ana perlu memulakannya..? kursus-kursus yang sesuai, peralatan-peralatan yang diperlukan dan anggaran modal untuk kursus dan alatan-alatan tersebut.
[/b]
waalaikumussalam...
Alhamdulillah...Berjaya juga menarik minat generasi muda menyertai bidang fardhu kifayah ni. Lepas ni boleh jadi apprentice ana la...Hehe...

Pertama, perlu ada minat dan usaha. Tahu dan Mahu. Kurang salah satu, tak dapat survive.
Kedua, jangan malas tambah ilmu. Pastikan diri sentiasa belajar daripada kesilapan.
Ketiga, jadilah juruteknik yang bertaqwa (bukan senang nak jadi orang bertaqwa). Bukan kerana wang dan harta. Hp customer adalah amanah. Jaga barang amanah, maruah & reputasi sebaik-baiknya.

Kursus yang sesuai, ada banyak. Tapi yang berbaloi, dan murah, susah cari. Kalau anta mahu nombor telefon cikgu ana, boleh PM. Dapatkan pakej kursus lengkap dari asas perniagaan, sampailah software, hardware dan lain-lain. harga bergantung kepada penganjur. Paling murah dgn cikgu ana (pencipta produk Smart Alert untuk org ngantuk masa memandu). Kalau tinggal di Johor, mungkin tak jauh sangat untuk ke Nilai. Kebanyakan kursus yang dianjurkan oleh bukan Islam, sememangnya menggunakan kos yang mahal, dan 'kedekut ilmu'. Kita sebenarnya masih amat kekurangan dalam bidang ni, terutamanya dalam bab pembekal barangan sparepart.

Modal kursus, kalau dengan cikgu ana, sekitar 1000rm ke bawah dan tempoh yang singkat. Manakala dengan kursus-kursus komersial lain, adalah sekitar 3000-6000 dalam tempoh yang lama, 1 bulan ke 6 bulan. MARA pun ada buat juga. Harga MARA, boleh dikatakan agak berbaloi, tapi mempunyai syarat, sekali anta masuk, anta kena 'berkhidmat'buka kedai untuk MARA (MARA support buka kedai) sampai selesai hutang belajar/setup kedai atau sehingga tempoh tertentu. Kalau modal memang takde, cuma ada minat dan usaha saja, lebih baik masuk bawah MARA atau TEKUN. Boleh rujuk mecd.gov.my.

Peralatan : Blower, Solder+akesori, tweezer, set skrudriver, multimeter, dan barang-barang keperluan lain (untuk repair hardware sahaja) anggarannya dalam 500 ringgit. Boleh dapat murah lagi, bergantung kepada kualiti dan kepandaian mengelak ditipu makhluk-makhluk yang suka menipu.



[b]Soalan daripada rindu Illahi

salam..

hp sony ericsson w910..
button byk yg tk blh tekan..
kdg2 ada yg blh ada yg tak...
ada juga yg tk blh tekan lagsung sperti button "C"

t.kasih..[/b]

HP sony ericsson selalu menghadapi masalah ini. Bulan ini saja, hampir 20 buah yang mengalami masalah yang hampir sama. Keypad.

Masalah : keypad mungkin sudah rosak atau haus. Hantarkan ke kedai untuk dibaiki. Kos perkhidmatan mungkin sekitar rm55 ke rm70. Keypad model ini agak mahal. :)


[b]Respon daripada habibyhabibaty

salam.. syukran ye ustaz..[/b]

Jawapan : La syukr ala wajib. Tak perlu terima kasih atas kewajipan. Em, satu lagi cara penyelesaian masalah enti tu, boleh la guna Master Reset, untuk reset semua data. Tapi pastikan backup data dulu...

starz91
salam...nak tanye kit...sy pakai hp 6210 navigator..mcm mane nak silentkan bunyi kamera???help me....

Jawapan : Boleh cuba rujuk web di bawah
http://www.geckoandfly.com/tag/nokia-6120-classic/

Sama ada install aplikasi tertentu atau selongkar bahagian setting. Saya rasa untuk lebih berkesan, perlu install aplikasi cCam.

aWaNnies
salam doc hp...
heheheh
hmmm
sy nk tnyer..
knp hp sy x bleh bluetooth???
sy gna hp 7160,,,,
dia tulis " unable to perform bluetooth operation"
ape mslh nye tu ek???

Jawapan : Sama ada bluetooth anda telah rosak, atau silap setting. Hantar ke kedai untuk dibaiki. Harga di bawah 100.

starz91
salam,,,,
knape nokia 6210 navigator tak boleh nak masuk themes laen...bila nak bukak themes yg baru diambil tu,ye tulis "themes is corrupt"....pe maksud ye erk???why jadi gtu???

Jawapan : Mungkin ada virus yang telah merosakkan themes atau ada gangguan pada setting. Cara terbaik adalah flash software semula. Sila backup data jika perlu.

farid108
Salam...
saya pakai hp nokia 6600...
tapi x blh hidup la skang ni,
bateri ok...
rasenyer sume ok...
1. mungkinkah ader virus yg blh merosakkn hp sampai xblh dihidupkan?
2. Jika ya, bagaimana nak dipulihkan? kos berapa? blh wat sendiri x?
3. Kalau bkn virus, ape masalah lain ek?

Syukran. gembira

Jawapan : Masalah hp tak boleh on berpunca daripada banyak sebab.
1) Sebab fizikal, seperti jatuh atau kena air. Sekiranya hp pernah kena air, walaupun segera dibersihkan, namun setitik air yang merosakkan litar boleh merosakkan lagi hp itu. Hp akan rosak sedikit demi sedikit.
2) Masalah bateri yang rosak.
3) Virus. Ya mungkin ada virus yang boleh memadamkan operasi hp, sebab sesetengah virus boleh blok laluan elektronik dalam hardware.
4) Silap software.
5) dan sebab2 lain contoh suis rosak, bateri pin rosak dan lain2.

Untuk mengatasi masalah ini, tiada cara lain, kecuali menghantar ke juruteknik. Carilah juruteknik yang agak mahir dan sedia membantu. Sesetengah juruteknik, tidak mahu membuang masa membaiki masalah seperti ini. Harga bergantung kepada apa yang juruteknik buat.

pearl_ieman
assalamualaikum
nak tnye sespe yg tau
sy gne nokia 6680
masalah problem beliau adela,
dah jatuh due kli, 2nd time tu agak tnggi la
bli yg 2nd hand, so dah takde gurantee
skrg ni ble gne, wlpun dah charge lme, bateri tak gak penuh2 n tetibe je mati sbb bateri low
dah tukar bateri laen pun still same
so, ade sspe boleh bntu?
klu kne hntr kdi gak, anggaran cost berape?

Jawapan : Mungkin IC charger telah rosak. Perlu diganti baru. Harga saya tak pasti. Mungkin mencecah 100.

annelida
saye adelah pengguna nset SE.. saye mempunyai msalah mengenai simbol internet(gambo bumi)
yg sering kali muncul dgn tibe2.. dan simbol ini menyebabkan kredit saya jatuh.
ape yg patut sya lakukan??

Jawapan : Simbol itu menunjukkan anda menggunakan internet seperti 3G atau GPRS. Setiap kali muncul simbol itu, menandakan anda sedang menggunakan internet. Untuk mengelakkannya, boleh setting semula bahagian internet/connectivity. Atau boleh reset semula hp. Dan elakkan menerima sebarang mesej menyuruh install 3G atau GPRS sekiranya anda tidak mahu menggunakannya.

awana
Assalamualaikum...kat cni saya nak tny pendapat semua...ok x if saya nak bli PDA? Mmg multi function..tp adakah akan menyebabkan batt die cepat kong?Syukran.

Jawapan : PDA memang berbaloi untuk dibeli. Namun hp yang pelbagai fungsi memang cepat makan bateri. Untuk mengatasi masalah ini, boleh dapatkan bateri2 spare, yang boleh dicas sementara menggunakan bateri lain. Bateri akan cepat habis apabila digunakan untuk aktiviti2 berat seperti membuat panggilan, internet, mendengar lagu, memainkan video, menggunakan kamera dan lain2.

UmMul_FurQan
assalamualaikum
sy pakai nokia 6120 classic..
problem nya,,
sjk akhir2 ni,,
hp ni asik2 off sendiri..
nk guna pun xblh..

nape ye?
n ape solution nya?

Jawapan : HP selalu off sendiri mungkin berpunca daripada bateri. Atau terdapat masalah pada sistem operasi hp iaitu software nya. Mungkin anda boleh cuba upgrade software di kedai. Harga untuk flash software adalah sekitar 35-55. Backup data jika perlu.

farah101
assalamualaikum
doctor hp.. hehe..
nak tnya.. sya dah lama geram ngan hp saya tu..
saya guna n73 tapi kan baru2 ni bila nak sent mesej die tulis "memory full. delete some data".. padahal punya la bnyak free memory nye.. adus.. kadang2 mesej pon x leh anta sebab die kata "operation ntah apa ntah da lupe.. hehe"
harap bleh bantu saya.. sebab dah fed up ngan hp tu..

Jawapan : Ada kemungkinan virus telah menyerang. Atau memory card anda tidak dapat berfungsi dengan baik. Cuba bersihkan virus, atau ganti memory card. Sekiranya masih tidak berjaya, anda dinasihatkan untuk flash software semula.

Soal Jawab Handphone Bersama Ustaz Handphone

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Pertamanya, saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah atas ruang dan peluang yang dikurniakan olehnya, untuk saya menulis di blog ini.

Blog ini adalah satu pusat pengumpulan soal jawab bagi segmen 'Tanya Pakar Handphone' di forum iLuvIslam.com. Segmen itu telah beroperasi sejak tahun lepas, jadi terdapat beberapa kesulitan yang saya hadapi untuk menjawab kesemua soalan yang diajukan, jadi saya jawab soalan-soalan lama di sini.

Ada juga soalan-soalan yang berulang, jadi saya tidak akan jawab, jawapan boleh dirujuk di blog ini atau di thread segmen sendiri.

Setiap pos entri akan dibahagikan mengikut turutan nombor...Dan pada peringkat seterusnya adalah mengikut mukasurat di thread. Namun, sesetengah keadaan, saya mungkin tidak dapat ikut turutan. Insya-allah, soalan akan disertakan bersama jawapan.

Selamat melayari dan selamat membaca.