Wednesday, January 6, 2010

Soal Jawab Handphone Siri 1 MS 60

 Soal Jawab Handphone Bersama Ustaz Handphone.
Siri 1 MukaSurat 60


cateyla
salam

ada sape2 tak yang gune SE W705...?
sy br beli hp 2 ...setakat ni, x de pape yang rosak cume penutup bateri 2 macam longgar r...lau kita tekan hp 2, ada bunyi mcm x ketat..

itu perkara biasa or memang rosak?

Jawapan : Handphone slide kadangkala memang mempunyai masalah kelihatan longgar dan masalah slide. Kes ini ada berlaku kepada N series yang baru-baru. Sepatutnya semuanya rapat. Mungkin ada skru atau bahagian yang longgar/patah. Jangan amalkan tekan handphone, kerana mungkin boleh merosakkan bahagian-bahagian sensitif.


shumie

assalamualaikum

er.... camne cara nak letak password dlm handphone...
er... abg saya tu letak code dlm hp dia.. kalau nak unlock kena letak password..
camne ye cara nak letak password?hmm!

Jawapan : Semak setting handphone. Sesetengah handphone tidak boleh dikunci. Selamat mencuba!

Anna Insyirah

anna punya hp xleh nak bluetooth lagu but picture bleh plak!
kalau anna nak bluetooth lagu kpd seseorg,bleh plak tp sebaliknye berlaku jika anna nak receive bluetooth seseorg.
mcm mana bleh berlaku camni ek??
adakah anna punya hp dah terkena virus???

somebody help me plz??


Jawapan : Cuba semak setting bluetooth. Setting in/out, setting saiz dan lain-lain. Mungkin juga salah satu IC yang mengawal RX rosak. Minta bantuan juruteknik untuk membaikinya.

syah126


sy ade bebrapa soalan nk tanya..sy bru membeli nokia N97 mini..tetiba,bru2 ni,andset sy ni hang...x taw knapa..sy dah antar kt Nokia centre untuk g repair and skg dah bole gune spt biase.dya dah tukar software ape ntah mnyebabkan andset sy tu kena restart spt mula2 bru beli..abis sume backup data..
pesoalannya?
1)adakah orng yg membaiki andset tersebut boleh mengambil alat2 yg original yg terdpt dl andset tersebut dan mnegantikannya dengan yg biasa..apa akan terjadi pada anset tersebut..sy hantar g repair di NOKIA CENTRE
2)boleh kah RAM handset tersebut diambil oleh orng tersebut..kerna sebelum ni RAM andset ni ialah 128MB..bolekah ianya berkurang
3)apakah alat2 original yg penting dan mahal yg terdapt dlm handset sy ni?
apa yg sy sgt risau ialah apabila alat2 original diambil oleh orng tersebut..tpi sy x pasti dya amik ke x..tp sy risau sngt

Jawapan :
Masalah handphone itu memang disebabkan software. Apabila ini berlaku, juruteknik akan format handphone dan masukkan software semula sebagaimana baru. Sebab itu pastikan anda backup data selalu, kerana sekiranya rosak/hang, data akan hilang sama ada tidak boleh akses, atau terpaksa dipadam juga untuk membolehkan hp dibuka.

1) Nokia centre boleh dipercayai di dalam bab ini. Sekiranya berlaku sebarang masalah, anda boleh membuat laporan pada syarikat Nokia.

2) Tentang RAM, kemungkinan software atau setting baru tidak diset sehingga RAM tidak detect sebagai 128MB. RAM biasanya lekat terus pada board, ia bukan seperti RAM komputer. Jarang berlaku kes mencuri RAM kerana RAM mudah rosak sekiranya ditanggalkan.

3) Alat paling mahal di dalam handphone adalah CPUnya. Semak keadaan handphone sebelum dan selepas dihantar ke kedai. Dalam masa seminggu, segera hubungi kembali kedai itu sekiranya ada sebarang masalah. Pengguna boleh meminta juruteknik membetulkan kembali sekiranya ada masalah yang berpunca daripada juruteknik.

yuri shibuya XD

sy pn ad masalah..sy guna hp jenis nokia 5730..
apabila guna wi-fi,ia berfungsi di sesetengah IAP jek..
knp ya?
cntoh IAP yg sy blh access adalah streamyx..
yg lain walaupun line wireless penuh(selepas refresh byk kali pn) stil tak boleh..

Jawapan : Saya tidak pasti jawapannya secara tepat. Kemungkinan ia berkait dengan kemampuan handphone menangkap gelombang, atau isu sekuriti untuk akses pada point tertentu.

rikitheredsand


Assalamulaikum...
sy aahli baru dlm iluvislam
nak tnya soalan pada ustaz handphone
1). Saya guna pda brand CSL m50 (jenama malaysia), mslhnya sy x tw nak cari software yg btol2 sesuai dan boleh digunapakai di dlm pda sy. jd boleh x ustz handphone bg tip2 or software yg boleh dimuat turun dalam pda sy?
trme ksh..

Jawapan : Saya tidak pasti model tersebut memakai sistem jenis apa. Namun biasanya sistem handphone China menggunakan java bukan sis. Ada juga handphone China yang boleh membaca kedua-duanya. Saya rasa anda perlu cuba mana-mana aplikasi java atau sis dan lihat kesannya. Aplikasi boleh didapati secara meluas di internet.

--------
Untuk soalan-soalan lepas, boleh rujuk
[url]http://soaljawabustazhandphone.blogspot.com [/url]

1 comment: