Friday, August 13, 2010

Handphone G705 terjatuh

Soalan daripada Ustaz Azrul

Syeikh, telefon G705 ana tidak dapat detect sim card, ditulis 'no network coverage. Kemudian, semua nombor telefon and nota di kalendar turut hilang. Apa masalahnya, ya? Ana menyedarinya setelah anak ana selamat men'terjatuh'kan telefon itu pada ketinggian 2 kaki... Apa yang rosak? Boleh tolong baiki, tidak?

Jawapan : 

Rasanya ada cip yang tertanggal atau rosak. Kalau boleh diselamatkanpun, mungkin terpaksa diformat semula. Boleh, insya-Allah. Kalau hantar hari ini, hari Isnin boleh ambil. Kosnya mungkin bawah RM50. Apa-apa halpun,  ana perlu semak dahulu.

 

Thursday, August 12, 2010

Tidak Boleh Hantar Mesej

Soalan daripada Tuan Sallemi

Salam Ustaz HP,
Apakah masalah HP saya jika message tak boleh send (Message Sending Fail), apa yg. perlu saya buat adakah perlu reformat, dan bagaimana caranya ada tak manual atau web link berkaitan. Model handphone saya adalah Nokia 1110i.
Thank
s.

Jawapan : 
Masalah handphone tuan pada cipnya saya rasa. Sebab handphone saya pernah jadi sebegini, namun selepas saya blowkan cipnya dengan blower angin panas, baru pulih semula. Hantar ke kedai, minta kedai blow cip PA atau network. Kosnya sekitar RM30-50.

Tuesday, August 10, 2010

Tiada Liputan Secara Tiba-tiba

Soalan daripada adek_islam
Assalamualaikum
Ustaz handphone,
Saya pun ada masalah handphone. Saya menggunakan Nokia 6630. Handphone saya ini tiba-tiba sahaja tidak boleh membuat panggilan, tidak boleh mesej, atau membuat perhubungan. Apabila saya mahu membuat panggilan keluar, saya akan menerima mesej "No network coverage". Asyik gagal sahaja apabila mahu mesej keluar. Apa masalahnya, ustaz?

Jawapan :
Adakah handphone pernah terjatuh?
Adakah handphone pernah masuk air?

Masalah ini biasanya berpunca daripada beberapa sebab.
1) Masalah antena handphone yang tertanggal atau tidak tersentuh pada plat papan induk.
2) Masalah IC PA atau IC network yang rosak atau tertanggal kakinya.
3) Masalah salah satu IC selain dua IC tersebut.

Hantar ke kedai bagi mengenalpasti masalah dan dibaiki. Harganya boleh mencecah RM100++.

Handphone Mati Selepas Kemaskini Perisian

Soalan daripada pesa7
Assalamualaikum...

Saya ada masalah sedikit. Saya memakai handphone 5300. Saya ada update handphone saya dengan menggunakan software Nokia di PC. Selepas saya update, saya tidak boleh menghidupkan handphone itu. Saya sudah cuba cabut bateri, namun tidak boleh dihidupkan juga. Selepas saya menghantar ke kedai, juruteknik mengatakan handphone saya mempunyai kerosakan IC. Harga baikpulihnya sekitar RM100. Adakah benar hal ini? Adakah benar harganya sebegitu? Harap tuan dapat tolong saya.

Jawapan : 
Handset saudari pernah jatuhkah sebelum ini? Sekiranya pernah, memang ada kemungkinan upgred software akan gagal. Kemungkinan kedua, software gagal diupgred kerana terganggu di tengah jalan contohnya bateri habis, sambungan internet terputus, sambungan kabel terputus dan lain-lain. Cuba minta kedai lain untuk flash semula handphone anda. Harganya sekitar RM30-50. Sekiranya tidak berjaya, itu memang masalah berpunca daripada IC yang rosak. Tentang harga RM100 itu agak mahal, cuba minta sekitar RM50-80. Sekiranya tidak dapat, mintalah kedai lain membaikinya.

Masalah Kamera


Soalan daripada anna_althafunnisa12
Salam. Saya menggunakan handphone Nokia 6288, Saya mempunyai masalah mengenai kamera. Apabila dibuka, skrin mengeluarkan mesej operation failed. Mengapa ya?

Jawapan :
Selalunya masalah ini berlaku untuk handphone Sony ericsson, tetapi kali ini ia berlaku juga untuk handphone Nokia, ya? Cuba tengok background application yang sedang berjalan, seperti games atau lain-lain. Cara nak tengok, hm, saya pun lupa, maaf ya. Sekiranya masih tidak berjaya, cuba format semula handphone. Jangan lupa backup data dan keluarkan sim card. Sekiranya tidak berjaya juga, hipotesis saya mengatakan, ia berpunca daripada kabel/riben atau kamera itu sendiri. Cubalah hantar ke kedai. Harga baikpulih riben boleh mencecah 150.

Tidak Boleh Hantar Mesej

Soalan daripada onetrg
Salam. Saya mahu bertanya macam mana cara membaiki Nokia 1110i? Handphone saya tidak boleh menghantar mesej.c Apabila saya tanya di kedai, mereka kata kena format semula.Siapa-siapa tahu cara memformat balik Nokia 1110i..?

Jawapan : 
Masalah handphone itu, kemungkinan besar adalah disebabkan IC PA atau IC Network yang longgar. Cuba reformat, dengan menggunakan Reset Factory Settings atau Reset All (sekiranya ada). Sekiranya masih berlaku masalah yang sama, minta juruteknik blow IC PA atau network bagi mengatasi masalah tersebut. Harga tidak sepatutnya melebihi RM50.

Saturday, August 7, 2010

Penutup Bateri Longgar

Soalan Daripada :
cateyla
 
Salam
Ada sesiapakah yang menggunakan Sony Ericsson W705...?
  Saya baru beli handphone itu ...Setakat ini, tiada apa-apa yang rosak cuma penutup baterinya macam longgar...Kalau kita tekan handphone itu, ada bunyi  tidak ketat..

Adakah itu perkara biasa atau memang rosak?

Jawapan : Handphone slide kadangkala memang mempunyai masalah kelihatan longgar dan masalah slide. Kes ini ada berlaku kepada N series yang baru-baru. Sepatutnya semuanya rapat. Mungkin ada skru atau bahagian yang longgar/patah. Jangan amalkan tekan handphone, kerana mungkin boleh merosakkan bahagian-bahagian sensitif. Selain itu juga, housing tidak original boleh mengundang masalah yang sama. Ada juga kes, apabila bateri kembung, penutup bateri mula longgar dan tercabut.